The Person I Idol The Most
Merupakan antara pemimpin negara yang paling berpengaruh di dunia, perdana menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yakni juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara. Beliau lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah. Sejarah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bijaksana dan innovatif. Beliau juga telah mentadbir negara selama 24 tahun iaitu pada Julai 1981 sehingga Oktober 2003 dan kembali memerintah pada May 2018 sehingga Mac 2020.
Tun Dr. Mahathir adalah antara contoh pemimpin terbaik yang wajar kita sanjung. Beliau sentiasa fokus dan berdisiplin untuk membangunkan ekonomi negara setara dengan negara-negara asia tenggara yang lain. Berikut adalah usaha tambahan beliau dalam meningkatkan pembangunan teknlogi kenderaan di Malaysia,
1) Melancarkan model pertama Proton Saga keluaran syarikat automotive Malaysia pada 1985.
2) Pelancaran Perodua pada 1994.
3) Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional, Modenas
Kesimpulannya, Tun Dr. Mahathir telah pun terbukti banyak berjasa terhadap rakyat dan pembangunan negara. Pelbagai Inisiatif yang beliau ambil bagi memastikan pencapaian negara dari segala aspek adalah setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Aspek kepimpinan beliau yang amat tekun dan ikhlas ini menjadikan beliau bukan sahaja idola kepada saya, namun juga kepada jutaan rakyat Malaysia tidak kira kaum dan bangsa.





Comments
Post a Comment