Posts

Showing posts from December, 2022

The Person I Idol The Most

Image
     Merupakan antara pemimpin negara yang paling berpengaruh di dunia, perdana menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yakni juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara. Beliau lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah. Sejarah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bijaksana dan innovatif. Beliau juga telah mentadbir negara selama 24 tahun iaitu pada Julai 1981 sehingga Oktober 2003 dan kembali memerintah pada May 2018 sehingga Mac 2020.      Selain menjawat jawatan sebagai perdana menteri Malaysia, beliau juga pernah memikul tanggungjawab sebagai menteri pendidikan (1974-1978), timbalan perdana menteri (1976-1981), menteri perdagangan (1978-1981), menteri pertahanan (1981-1986) dan juga menteri kewangan (1998-1999), (2000-2003). Selain itu , beliau juga telah menjayakan berberapa projek mega negara semasa zaman pentadbirannya yang telah banyak berjasa kepada rakyat seperti, pembinaan jambatan Pulau Pinang, Me...